LONDON 19 Jan. – Kecederaan yang dialami oleh tonggak utama Spurs, Harry Kane ketika ini tidak langsung memberi tekanan ke atas pasukan itu untuk menandatangani penyerang baharu, demikian tegas pengurus kelab berkenaan, Mauricio Pochettino. Kane dilaporkan tidak dapat beraksi sehingga Mac depan akibat kecederaan buku lali dalam masa sama Pochettino sedar ketiadaan penyerang itu boleh menjejaskan misi Spurs dalam kempen musim ini. “Kami sentiasa terbuka memperbaiki skuad dan menambah pemain…










