MADRID 14 Jan. – Bekas presiden Real Madrid, Ramon Calderon mendedahkan Zinedine Zidane meninggalkan kelab berkenaan selepas kehilangan kuasa dalam perpindahan pemain kepada Florentino Perez.
Zidane meninggalkan Real pada penghujung musim mereka menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) buat kali ketiga berturut-turut.
Jejaknya diikuti oleh Cristiano Ronaldo, yang mengakhiri karier selama sembilan tahun di Real dengan menyertai Juventus.
“Zidane menegaskan beliau mahu menyimpan Ronaldo dan menjual Bale. Perez melakukan sebaliknya daripada apa yang diminta.
“Zidane mahukan kuasa untuk melakukan keputusan dalam menandatangani dan menjual pemain, tetapi perkara itu tidak diberikan kepadanya jadi dia mengambil keputusan untuk mengundur diri,”kata Calderon. – AGENSI










