JOHOR BAHRU 17 Jan. – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tidak menerima sebarang aduan berkenaan harga kantin mahal di sekolah-sekolah negeri ini setakat hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, sekiranya terdapat kenaikan harga yang ketara, pengusaha kantin diingatkan untuk mematuhi harga yang ditetapkan sewaktu tender dibuat bersama-sama pentadbiran sekolah. “Sewaktu tender dibuat, pengusaha kantin dan pentadbiran sekolah telah meletakkan harga siling bagi memastikan…










