BERLIN 26 Jan. – Pemeriksaan yang dilakukan ke atas empangan runtuh milik firma perlombongan terbesar di Brazil, Vale, beberapa bulan lalu oleh sebuah syarikat Jerman tidak menemui sebarang unsur luar biasa terhadap struktur empangan itu.
Tuev Sued, sebuah syarikat berpusat di Munich mengkhusus dalam pensijilan di seluruh dunia berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan atas permintaan Vale pada September lalu dan mengesahkan mereka tidak menemui sebarang kecacatan. -AFP










