LIPIS 20 Jan. – Tiada pengecualian larangan merokok termasuk di kedai-kedai makan ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands yang berlangsung sekarang.
Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terus melanggar peraturan berkenaan.
“Mana ada pengecualian, kita telah kuatkuasakan cuma dalam enam bulan pertama ini kita buat pendekatan pendidikan, tidak ada gencatan dalam pilihan raya,” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan di Klinik Kesihatan Sungai Koyan di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai aktiviti merokok di kedai-kedai makan yang masih berleluasa tanpa pemantauan di sekitar Parlimen Cameron Highlands dalam kempen PRK Parlimen berkenaan. – UTUSAN ONLINE










