WASHINGTON – Rundingan bertujuan untuk menamatkan penutupan kerajaan separa di Amerika Syarikat (AS) yang masuk minggu ketiga kelmarin gagal mencapai kemajuan, kata Presiden Donald Trump. Perbalahan dengan Kongres berhubung tuntutan dana AS$5 bilion (RM20.6 bilion) oleh Trump bagi membiayai pembinaan tembok sempadan AS menyebabkan 25 peratus agensi kerajaan lumpuh sejak 22 Disember lalu. “Naib Presiden, Mike Pence dan pasukannya baru meninggalkan White House. (Beliau) memberi taklimat mengenai pertemuan mereka dengan wakil pembangkang (Parti Demokrat). Tidak banyak kemajuan dicapai hari ini (kelmarin),” kata Trump dalam komennya di laman Twitter. Di bawah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya