Tiada double standard kes anak Mat Sabu - Utusan Malaysia

Tiada double standard kes anak Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Jan.- Siasatan kes anak Menteri Pertahanan yang ditahan kerana disyaki positif ganja di sebuah pusat hiburan eksklusif di Jalan Ampang pada Sabtu lalu akan dilakukan secara telus tanpa ‘double standart’.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, laporan analisis sampel air kencing Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31, perlu mengambil sedikit masa untuk diperoleh memandangkan ada beberapa perkara lagi perlu diteliti. 


Ujarnya, analisis itu dilakukan mengikut prosedur standart operasi (SOP) tanpa sebarang layanan istimewa. 


“Tidak kira dia anak menteri atau tidak, kita akan ambil tindakan sama rata seperti pesalah lain,” katanya dalam sidang akhbar Program High Profile Policing di Pasar Raja Bot, Chow Kit di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN