Tiada cuti umum di Pahang esok - Utusan Malaysia

Tiada cuti umum di Pahang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak mengisytiharkan tiada cuti umum di negeri itu esok sempena istiadat pemasyhuran Sultan Pahang keenam.

Beliau sekali gus menafikan khabar angin yang tular melalui aplikasi Whatsapp hari ini mendakwa kerajaan negeri itu mengumumkan cuti umum esok sempena istiadat bersejarah tersebut.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada cuti umum di Pahang pada 15 Januari 2019 (esok),” kata beliau.

Esok, Sultan Abdullah akan dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam menerusi istiadat yang diadakan di Istana Abu Bakar, Pekan dekat sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN