KANGAR 30 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan agar Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) tidak dimansuhkan meskipun perkara tersebut sebahagian daripada janji Pakatan Harapan sebelum ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sebaik-sebaiknya undang-undang itu ditambah baik di bahagian-bahagian tertentu yang dirasakan perlu bukan memansuhkan secara keseluruhan. Menurutnya, undang-undang ini masih diperlukan khususnya untuk mengekang isu-isu berkaitan gengsterisme; sindiket berkumpulan…










