Terkejut sambutan baik masyarakat dalam pusingan pertama kempen - Utusan Malaysia

Terkejut sambutan baik masyarakat dalam pusingan pertama kempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 14 Jan. – Memasuki hari ketiga kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, calon Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd. Nor amat berpuashati dengan sokongan yang diberikan dan ditunjukkan para pengundi.

Beliau berkata, sokongan yang ditunjukkan masyarakat Orang Asli dan Melayu amat mengejutkan.

“Saya pun terkejut dengan sambutan yang diberikan kepada saya amat menggalakkan dan apa yang boleh saya janji dengan pengundi suara mereka akan kedengaran di Parlimen jika saya menang,” katanya ketika ditemui pada kempen di Kampung Bertang, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam pada itu, beliau berkata, selepas pusingan pertama kempen di kawasan Orang Asli dan Kampung Melayu beliau akan memulakan kempen ke kawasan Felda dalam masa terdekat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN