KUALA LUMPUR 8 Jan. – Menteri Industri Utama, Teresa Kok memfailkan saman terhadap Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah atas dakwaan memfitnahnya mempunyai kaitan dengan insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor, November lalu. Saman tersebut difailkan Ahli Parlimen Seputeh itu melalui Tetuan S.N. Nair & Partners melalui sistem e-filing hari ini dengan menamakan Azwanddin atas kapasiti peribadi dan sebagai presiden JMM selaku pihak defendan pertama dan kedua. Berdasarkan penyataan tuntutan, Teresa selaku plaintif mendakwa defendan ada mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya ketika berucap dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya