TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah yang merupakan anakanda keempat Sultan Ahmad Shah dan Almarhumah Tengku Afzan Almarhum Tengku Muhammad diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Ahmad, Pekan; Sekolah Rendah St. Thomas, Kuantan dan Sekolah Menengah St. Thomas, Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tengku Abdullah aktif dalam sukan seperti permainan hoki, bola sepak dan sepak raga jaring sejak kecil yang mana atas minat dan kebolehan yang ditunjukkan, baginda terpilih mewakili sekolah, daerah dan negeri di dalam permainan bola…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya