KEMAMAN – Gara-gara menceroboh perairan negara untuk menangkap ikan secara haram, seorang tekong bot nelayan Vietnam didenda RM500,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Tertuduh, Nguyen Thanh Truong, 47, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy. Thanh Truong gagal membayar denda tersebut dan telah dihantar ke Penjara Marang untuk menjalani hukuman penjara selama dua tahun. Berdasarkan pertuduhan, dia ditahan bersama empat awak-awak yang juga warga…










