Tawar khidmat pelacur di rumah flat - Utusan Malaysia

Tawar khidmat pelacur di rumah flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 5 Jan. – Seramai 13 pelacur warga India dan Indonesia yang menawarkan khidmat seks dengan bayaran antara RM50 hingga RM100 ditahan di Flat Taman Semarak, Nilai dekat sini semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri, Mohammed Khalil Ali berkata, mereka ditahan dalam serbuan di dua rumah berasingan di flat tersebut pada pukul 12 tengah hari.

Katanya, turut diberkas dua ‘ibu ayam’ warga tempatan dan Indonesia manakala wang tunai berjumlah RM1,500 dan kondom dirampas.

KHIDMAT
SEBAHAGIAN daripada pelacur warga asing yang ditahan di Flat Taman Semarak, Nilai di Seremban semalam. – UTUSAN ONLINE

“Serbuan dijalankan hasil risikan selama hampir satu bulan dan kita mendapati ada wanita warga asing yang menjalankan aktiviti pelacuran di rumah tersebut.

“Mereka dijaga oleh dua ibu ayam dan pelanggan terdiri daripada warga asing yang tinggal di kawasan tersebut dengan bayaran antara RM50 hingga RM100,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, kesemua wanita warga asing itu ditahan di Depot Imigresen Lenggeng di sini di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Ujarnya, wanita warga tempatan itu pula ditahan di bawah Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen untuk siasatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN