Tauke syarikat lori dijel 14 hari, denda RM15,000 - Utusan Malaysia

Tauke syarikat lori dijel 14 hari, denda RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang pemilik syarikat sewaan lori dijel 14 hari dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada penjawat awam, September tahun lalu.

Tertuduh, Tan Chau Chuan, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan, Chau Chuan didakwa telah secara rasuah memberi suapan iaitu wang tunai bernilai RM2,080 kepada seorang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

Suapan berkenaan adalah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan atas kesalahan dilakukannya iaitu mempamerkan iklan tanpa lesen. 

Kesalahan itu seharusnya perlu dikenakan tindakan di bawah Seksyen 7(1) Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (MPK) Kerajaan Tempatan 1987.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Jabatan Penguatkuasa MPK, kira-kira pukul 3.30 petang, 23 September tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, Chau Chuan didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di hukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN