KUALA LUMPUR 9 Jan. – Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar berkata, kenaikan tarif sumber asli tersebut perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin industri tersebut dari sudut perkhidmatan. “Bagaimanapun, saya boleh katakan bahawa kenaikan ini tidak…










