Tarif air dijangka naik - Utusan Malaysia

Tarif air dijangka naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara ber­peringkat tahun ini se­laras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar ber­kata, kenaikan tarif sumber asli tersebut perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin in­dustri tersebut dari sudut per­khidmatan.

“Bagaimanapun, saya boleh katakan bahawa kenaikan ini tidak akan membebankan rak­yat dan

DR. XAVIER JAYAKUMAR
DR. XAVIER JAYAKUMAR 

kami akan berunding de­ngan semua (kerajaan) nege­ri,” katanya semasa menjadi tetamu jemputan bagi program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel di sini, malam tadi.

Beliau berkata, kementerian­nya bersama Suruhanjaya Per­khidmatan Air Negara (SPAN) sedang berunding dengan beberapa kerajaan negeri untuk men­dapatkan persetujuan semua pihak sebelum dilaksanakan.

“Kita telah mengemukakan business plan (pelan perniagaan) kepada mereka (kerajaan ne­geri). Sekarang kerajaan ne­geri berbincang antara mereka… ada tanda-tanda menunjukkan bahawa mereka (kerajaan ne­geri) setuju untuk menaikkan tarif air,” katanya.

Kenaikan kadar tarif air ma­sih belum ditetapkan kerana se­tiap negeri mempunyai kadar tarif yang berbeza, katanya. – BER­NAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN