Tarif air: Amirudin dakwa Khalid terlupa - Utusan Malaysia

Tarif air: Amirudin dakwa Khalid terlupa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 25 Jan. – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlupa yang beliau sendiri pernah menjanjikan kepada rakyat bahawa sebarang kenaikan tarif, akan dipastikan tidak membebankan pengguna.

Kata Amirudin, kritikan Abdul Khalid terhadap langkah Pakatan Harapan (PH) untuk menaikkan tarif air tidak wajar kerana dakwanya, tindakan itu dibuat kerana ada negeri seperti Perlis dan Terengganu, tarifnya tidak pernah dinaikkan sejak 30 tahun lalu.

“Berulang kali disebutkan dalam Dewan (Dewan Undangan Negeri), Tan Sri Khalid sendiri (cakap) mungkin dia terlupa, Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) sendiri (juga menyebut) sebarang kenaikan kita akan kurangkan bebanan rakyat.

“Itu formula yang akan kita guna sampai sekarang,” katanya kepada pemberita sebagai mengulas kritikan Abdul Khalid semalam, yang menyifatkan kenyataan Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar dalam isu itu sebagai memalukan.

Jayakumar sebelum itu meminta rakyat menunjukkan rasa belas kasihan kepada PH berhubung kenaikan tarif air kerana kerana kos utiliti air yang ditanggung kini sangat tinggi dan semua itu menggunakan peruntukan kerajaan.

Dalam kritikannya, Abdul Khalid berkata, kerajaan yang jujur, apatah lagi melaungkan slogan peduli rakyat sepatutnya meletakkan kepentingan rakyat sejak dari awal perancangan, bukannya hanya mengikut rentak dan telunjuk ahli korporat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN