Mendengar khabar duka daripada dua sahabat yang membina kerjaya masing-masing dalam bidang hospitaliti dan bidang peruncitan baru-baru ini membuatkan saya lebih bersyukur dengan apa yang dinikmati sekarang meskipun tidak mewah danbergaji besar. Menurut Mus dalam Kumpulan WhatsApp rakan sekolah, dia meluahkan rasa bimbangnya untuk berdepan dengan cabaran masa depan apabila baru menerima notis pemberhentian kerja ekoran syarikatnya yang berdepan dengan masalah kewangan bakal menutup operasi. “Kami akan bekerja sampai bulan…










