KUALA TERENGGANU 22 Jan. – Muhammad Syukur Khamis, 14, yang popular dengan aksi mesra dan manjanya dengan haiwan peliharaan terutama kerbau sehingga tular di media sosial, hari ini terus mendapat perhatian serta pengiktirafan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Muhammad Syukur, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin dekat sini yang merupakan anggota kadet APM sekolah berkenaan dikurniakan pangkat Lans Koperal atas populariti serta keistimewaannya yang cukup akrab…










