Syarikat mi segera mohon maaf - Utusan Malaysia

Syarikat mi segera mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 24 Jan. – Syarikat pengeluar mi segera, Nissin hari ini memohon maaf susulan iklan anime yang memaparkan bintang tenis, Naomi Osaka berkulit cerah.

Nissin yang merupakan penaja Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) wanita telah memaparkan karakter berkulit cerah yang mirip bintang berusia 21 tahun itu dalam iklan terbaharunya.

Jurucakap Nissin Foods, Daisuke Okabayashi berkata, iklan yang menjadi kontroversi di kalangan warganet yang melabelkannya sebagai ‘whitewashing’ telah ditarik semula.

“Kami tisak mempunyai niat untuk melakukan apa yang dipanggil ‘whitewashing’ bagaimanapun perkara ini telah menjadi isu. Kami akan memberi lebih perhatian untuk menghormati kepelbagaian dalam aktiviti perhubungan awam kami,” katanya, -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×