KLANG 17 Jan.- Sebuah syarikat logistik dan seorang ejen penghantaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan terlibat dalam mengimport barang-barang larangan di bawah Perintah Kastam. Syarikat Orbit Link Logistics (M) Sdn. Bhd. yang diwakili salah seorang pengarah syarikatnya bergelar Datuk dan ejen penghantaran tertuduh, Chia Mong Seng, 35, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di bacakan di hadapan Majistret Muhammad Azzam Zainal Abidin. Mengikut pertuduhan, Orbit Link Logistics…










