IPOH 13 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman menahan sebuah lori kontena membawa muatan dadah jenis syabu dipercayai seberat kira-kira 500 kilogram di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Hentian Taiping, petang semalam. Penahanan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman kira-kira pukul 4 petang selepas sekatan jalan dilakukan dengan bantuan Unit Penguatkuasa Peronda Lebuh Raya (EMPV). Menurut sumber, hasil penggeledahan mendapati setiap bungkusan kotak yang ditemukan dalam lori kontena tersebut mengandungi dadah berkenaan. “Nilai pasaran bagi sekilogram syabu dianggarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya