JOHOR BAHRU, 22 Jan. – Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah ditahan di sebuah bengkel di Kampung Melayu, Sedenak dekat Kulai malam tadi. Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tok Beng Yeow berkata, lelaki berumur 28 tahun itu ditahan pada pukul 7.30 malam selepas polis mendapat maklumat daripada orang awam. “Hasil pemeriksaan, polis merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan itu antaranya sebilah parang panjang, kuku kambing, dan…










