KAJANG – Sebanyak tiga das tembakan terpaksa dilepaskan oleh anggota polis dalam satu adegan kejar mengejar yang berlaku berhampiran sebuah flat Taman Bukit Angsana, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, dalam kejadian sekitar pukul 7.15 pagi itu, pihaknya telah menerima maklumat berhubung satu kejadian kecurian kenderaan bersabit laporan di Pandan Indah melibatkan sebuah kereta jenis Proton Perdana V6 berwarna hitam. “Susulan…










