DIANGKAT sebagai Tengku Mahkota selama 44 tahun, dua kali menjadi Pemangku Raja Pahang dan dua minggu berada di singgahsana takhta kesultanan Pahang seterusnya dilantik sebagai ketua negara berkuat kuasa 31 Januari ini. Itu perjalanan dilalui Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 seperti dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja hari ini. Pelantikan Al-Sultan Abdullah mengetuai negara mengulangi sejarah ayahanda baginda,…










