Surat perisytiharan Sultan Abdullah sebagai Agong - Utusan Malaysia

Surat perisytiharan Sultan Abdullah sebagai Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Berikut ialah kandungan surat perisytiharan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Surat perisytiharan itu dibacakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr, Mahathir Mohamad pada Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan di Istana Negara di sini hari ini:

“Bahawasanya adalah diperuntukkan oleh Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan bahawa hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-raja.

“Dan bahawasanya menurut peruntukan Jadual Ketiga kepada Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-raja telah mengisytiharkan Beta dipilih memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong.

“Maka oleh yang demikian Beta, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dengan ini mengisytiharkan bahawa Beta pada hari ini telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan telah mengangkat sumpah yang dikehendaki oleh Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mengikut cara yang ditetapkan oleh Perkara itu.

“Diperbuat di Istana Beta, Istana Negara, di ibu negara Beta di Kuala Lumpur pada tiga puluh satu hari bulan Januari dalam tahun dua ribu sembilan belas”. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×