Sultan Abdullah bijak santuni rakyat - Utusan Malaysia

Sultan Abdullah bijak santuni rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lasak, adil dan berjiwa rakyat menggambarkan keperibadian Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini.

Sultan Abdullah sinonim dengan sifat sopan dalam menyantuni rakyat, suatu nilai yang diwarisi daripada ayahanda baginda Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar.

Keprihatinan Sultan Abdullah dapat dilihat dengan jelas bila mana setiap kali mendengar rakyat ditimpa bencana, baginda dan isteri Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan segera mencemar duli untuk bertanya khabar, memberi kata-kata semangat dan mengurniakan sumbangan peribadi.

Malah Sultan Abdullah yang memasuki usia 60 tahun pada tahun ini, seringkali  ‘tidak menang tangan’ terutama ketika berlaku bencana banjir kerana baginda sebolehnya mahu memastikan semua daerah terlibat tidak terlepas daripada perhatian baginda.

Sultan Abdullah juga merupakan figura yang tidak asing dalam sukan tanah air terutama bola sepak kerana selain handal beraksi di padang, aspek kepimpinan Seri Paduka dalam sukan tersebut cukup terserlah. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×