ISKANDAR PUTERI 17 Jan. – Majlis Sukan Negara (MSN), selaku pemilik Sukan Malaysia (Sukma) merancang untuk menganjurkan sukan tersebut secara bergilir-gilir di setiap negeri selepas Sukma 2020 di Johor. Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, jika perancangan itu dipersetujui dan diwartakan, penggiliran negeri menganjurkan Sukma akan dibuat daripada dua tahun kepada empat tahun sekali. Menurutnya, perbincangan berhubung perkara itu sedang dibincangkan dan jika diluluskan kelak, MSN akan turut menjadi…










