'Sudah sampai ajal Aamina' - Utusan Malaysia

‘Sudah sampai ajal Aamina’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 15 Jan. – “Sudah sampai ajal Aamina” itu ungkapan bapa kepada bayi malang, Aamina Inayah Mohd. Hafezul, setahun lima bulan, yang maut dilanggar kereta di rumah pengasuhnya di Taman Kesedar Putra, di sini semalam.

Bapa mangsa, Mohd. Hafezul Abdullah, 35, menerima ketentuan takdir yang menimpa anak keduanya itu apabila maut ketika berada dalam jagaan pengasuhnya.

Mohd. Hafezul yang bekerja di Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang memberitahu, dia baharu seminggu menghantar anaknya di rumah pengasuhnya yang berusia 20 tahun.

“Saya telah menghantar Aamina ke rumah pengasuh pada pukul 7.30 pagi dan bercadang mengambil semula sekitar pukul 6 petang. Kakak kepada Aamina yang berumur 8 tahun mengikuti kelas Fardu Ain di Sekolah Kebangsaan Sri Wangi 2.

“Ketika diberitahu tentang berita sedih oleh pengasuh, saya begitu terkejut dan sedih. Aamina baru sahaja belajar berjalan… Sudah sampai ajalnya dan saya perlu menerimanya,” katanya ketika ditemui di Hospital Gua Musang di sini hari ini.

Seorang bayi perempuan berusia setahun lima bulan maut selepas dilanggar kereta di rumah pengasuhnya di Taman Kesedar Putra, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian, kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Aamina Inayah mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia setelah setengah jam ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang. 

Jenazan Aamina dijangka dikebumikan selepas solat asar hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN