SHAH ALAM 23 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini daripada DAP berhubung kes tuntutan palsu berjumlah RM30,000. Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 petang tadi selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor. Menurut sumber, suspek berhadapan dengan tuduhan membuat tuntutan palsu bagi dua program kemasyarakatan pada 2015 yang dianggarkan bernilai kira-kira RM30,000. “Mengikut siasatan program…










