SPRM mohon reman terhadap Datuk dan CEO wanita - Utusan Malaysia

SPRM mohon reman terhadap Datuk dan CEO wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memohon perintah reman terhadap seorang bekas pengerusi sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk dan seorang ketua pegawai eksekutif wanita bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan kontrak Tourism Malaysia bernilai lebih RM90 juta.

Sumber memberitahu, terdahulu, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya semalam.

Ujarnya, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dilakukan di Mahkamah Majistret, Putrajaya pagi ini.

“Selain mereka, mungkin ada individu lain turut akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan,” katanya di sini malam tadi.

Dalam pada itu, SPRM semalam memaklumkan yang pihaknya akan membuat permohonan reman terhadap seorang bekas pengerusi agensi kerajaan dan seorang ketua pegawai eksekutif hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN