SPR gesa lapor kepada pihak berkuasa - Utusan Malaysia

SPR gesa lapor kepada pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa mana-mana pihak yang mempunyai bukti berhubung sebarang kes salah guna kuasa atau rasuah sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands untuk tampil melaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya tidak dapat berbuat demikian berdasarkan hanya sekadar melihat gambar yang tular di laman sosial Twitter.

“Orang yang mempunyai maklumat langsung (direct evidence) patut melaporkan, kalau saya buat laporan, apa jenis kenyataan yang saya boleh beri pada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Semua hearsay (khabar angin). Soalan: awak nampak benda itu berlaku ? Jawap: tidak, saya nampak gambar kat Twitter, bagaimana ?,” soal beliau menerusi laman sosial Twitter hari ini.

Azhar Azizan berkata demikian menjawab komen seorang netizen yang dipercayai merujuk kepada gambar yang tular dalam media sosial memaparkan seorang wanita yang memakai baju Pakatan Harapan (PH) memberikan wang kepada beberapa orang pemuda.

Terdahulu, Penolong Ketua Pusat Operasi Jelai PH, Arvind Bharet berkata, gambar seorang wanita yang memakai baju PH memberikan wang kepada beberapa orang pemuda adalah bayaran untuk kos minyak petrol sukarelawan parti itu.

Dakwa beliau, ini bermakna pemberian wang tersebut dilaksanakan megikut lunas undang-undang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN