KUALA LUMPUR 17 Jan. -Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mengesahkan tempat ke saingan suku akhir kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia 500 Malaysia Masters, hari ini.
Pasangan negara itu menundukkan pasangan bukan pilihan dari Jepun, Takuro Hoki-Wakana Nagahara dengan keputusan 21-13, 21-19 dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena, hari ini.
Soon Huat berkata, perlawanan hari ini berlangsung dengan baik kerana mereka berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan angin di dalam gelanggang dan memudahkan mereka untuk melakukan segala perancangan.
“Kami sama sekali tidak jangka akan menang mudah seperti ini, memang kalau diikutkan mereka baru digandingkan tetapi mereka memang hebat jika dilihat secara individu,” katanya.-UTUSAN ONLINE










