LONDON 26 Jan – Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer optimis Alexis Sanchez mampu mendapatkan kembali persembahan terbaiknya selepas bintang antarabangsa Chile itu diturunkan dalam pusingan keempat Piala FA di Stadium Emirates yang menjadi igauan Arsenal. Sanchez meledakkan gol pembukaan pada minit ke-31, yang merupakan aksi sulungnya berdepan dengan kelab lamanya selepas 12 bulan meninggalkan Gunners. Sejak menyertai United, jarang sekali Sanchez mempamerkan aksi terpuji, tetapi pengurusnya, Solskjaer percaya jaringan yang diledakkan penyerang tersebut mampu menghidupkan semula karier pemain itu di Old Trafford. “Sanchez masih boleh meningkat dan dia tahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya