MANCHESTER 4 Jan. – Bekas bek kanan Manchester United, Paul Parker percaya, Ole Gunnar Solskjaer bukan pilihan tepat untuk membimbing Red Devils bagi tempoh yang panjang kerana dia berdepan kesukaran menarik minat pemain-pemain berstatus bintang. Parker, 54, yang juga pengulas televisyen terkenal berkata, bekas penyerang United itu hanya sesuai untuk mengalas tugas pengurus sementara ekoran pemecatan Jose Mourinho. Biarpun Solskjaer, 45, berjaya mencatat kemenangan dalam semua empat perlawanan pertama bersama…










