Solskjaer kembalikan taring United - Utusan Malaysia

Solskjaer kembalikan taring United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Penjaga gol Manchester United, David de Gea kagum dengan cara pengurus sementara pasukan itu, Ole Gunnar Solskjaer mengendali The Red Devils apabila berjaya mengembalikan keharmonian sekali gus menyaksikan mereka mampu mempamerkan aksi sebenar apabila menang 1-0 ke atas Tottenham Hotspur di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Selepas lima perlawanan diharungi dengan kemenangan aksi bertemu Spurs merupakan cabaran sebenar yang dilalui oleh Solskjaer selepas dilantik menggantikan Jose Mourinho pertengahan bulan lalu.

Sebelumnya, United berjaya mencatatkan keputusan yang positif ketika berdepan Cardiff, Huddersfield, Bournemouth dan Newcastle bagi aksi Liga Perdana England (EPL) selain berjaya menundukkan Reading untuk kempen Piala FA.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam aksi tersebut, gol tunggal terhasil menerusi sentuhan Marcus Rashford apabila penyerang tersebut bijak memanfaatkan hantaran Paul Pogba untuk memperoleh jaringan pada minit ke-44 perlawanan.

Pada masa sama, De Gea yang turut mempamerkan aksi penuh bertenaga apabila menyelamatkan 11 percubaan berbahaya merasakan kehadiran Solskjaer telah membuatkan United kembali beraksi pada tahap yang sebenar.

“Solskjaer telah membawa kegembiraan kepada kami dalam pasukan sebaik sahaja beliau tiba di Old Trafford.

ADS:D

“Kehadirannya mampu membuatkan semua pemain beraksi dengan baik dan berjaya menunjukkan kemampuan yang sebenar.

“Kami tahu bagaimana untuk mengawal permainan dan mencipta pe­luang ketika berdepan Tottenham bagi meraih kemenangan dan ini barulah Manchester United yang sebenar,” kata de Gea. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN