CAMERON HIGHLANDS 26 Jan. – Pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata mencatat bilangan pengundi paling ramai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands iaitu 3,201 orang. Ini diikuti pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Brinchang sebanyak 2,627 orang. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ringlet pula ketiga paling tinggi iaitu 2,345 pengundi. Ketiga-tiga pusat mengundi tersebut telah dibuka pada pukul 8…










