Skuad Tok Gajah buru kemenangan pertama - Utusan Malaysia

Skuad Tok Gajah buru kemenangan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 31 Jan. – Skuad Tok Gajah memburu kemenangan pertama pada perlawanan pembukaan saingan Liga Super berdepan Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam esok (malam ini). 

Skuad kendalian Dollah Salleh yang tampil dengan empat tenaga import baharu ternyata bersemangat untuk menjadikan skuad ibu kota sebagai mangsa pertama.

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, semua pemain sudah sedia untuk turun beraksi.

“Biarpun perlawanan pertama kami di tempat lawan, namun kami tidak gentar membelah pertahanan tuan rumah untuk mendapatkan jaringan.

“Penyokong setia Tok Gajah juga pasti akan datang beramai-ramai untuk memberi sokongan selain melihat penampilan pertama dua penyerang import, Dickson Nwakaeme dan Ze Love,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. 

Menurut Mohammed Suffian, kemenangan ke atas Kuala Lumpur cukup penting sebagai motivasi awal kepada semua pemain.

Sementara itu, Dollah Salleh memberitahu, semua pemain mempunyai peluang sama rata untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

“Gandingan orang lama dan baharu dalam skuad Tok Gajah musim ini sudah pasti menjanjikan aksi yang lebih mantap untuk memburu kemenangan,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×