SJKC Jabor hanya terima dua murid tahun satu - Utusan Malaysia

SJKC Jabor hanya terima dua murid tahun satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jabor dekat sini hanya menerima dua murid tahun satu termasuk seorang berketurunan Melayu pada hari pertama sesi persekolahan tahun ini hari ini.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SJKC Jabor, Teo Boon Ching berkata, murid baharu tersebut ialah Tan You Hong Jing dan Mohd. Khairul Faizul.

Beliau berkata, sekolah yang berusia 68 tahun itu sememangnya dikategorikan sebagai sekolah kurang murid dengan hanya mempunyai 17 murid dari tahun satu hingga enam dengan majoritinya adalah Melayu.

“Seramai 17 murid belajar di sekolah ini iaitu 12 berketurunan Melayu dan lima pula Cina dan mereka diajar oleh 10 cikgu termasuk guru besar.

“Walaupun bilangan murid kecil, komitmen guru tidak berbelah bahagi kerana tanggungjawab mendidik anak bangsa sangat besar,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online di SKJC Jabor dekat sini hari ini.

Boon Ching berkata,  guru kelas kedua-dua murid tahun satu itu ialah Yap Seng Wing yang turut diberi tanggungjawab mengajar mata pelajaran Bahasa Mandarin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN