KUALA LUMPUR 7 Jan. – Hanya dalam tempoh dua jam penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya membuat jualan Set Istimewa Vantage berjumlah RM8 juta ringgit bersamaan kira-kira RM67,000 seminit. Rekod jualan itu dicipta menerusi platform niaga digital, GoShop, malam tadi. MHETV melaporkan, dalam rancangan tersebut Siti Nurhaliza berjaya menjual 22,000 unit Set Istimewa Vantage yang berharga RM369 setiap satu. Info tersebut dikongsi oleh penulis berpengaruh media sosial yang digelar Bapa Viral Kebangsaan iaitu Khairul Hakimin Muhammad yang memuat naik pada laman Facebook peribadi miliknya. – MHE TV
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya