Singapura tangguh mesyuarat dengan Malaysia - Utusan Malaysia

Singapura tangguh mesyuarat dengan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 12 Jan. – Singapura menangguhkan mesyuarat tahunan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijadualkan berlangsung pada Isnin ini.

The Straits Times memetik kenyataan jurucakap Kementerian Luar Singapura (MFA) hari ini melaporkan, penangguhan itu dibuat ekoran pencerobohan kapal Malaysia di perairan republik itu di Tuas, Rabu lalu.

“Pencerobohan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian ke perairan Singapura di Tuas pada Rabu membuatkan mesyuarat JMCIM yang dijadualkan pada 14 Januari tidak dapat dipertahankan (untenable).

“Oleh itu, Singapura mencadangkan untuk menangguhkan mesyuarat tersebut dan Malaysia turut bersetuju,” kata jurucakap MFA seperti dilaporkan portal berita itu.

Sebuah portal berita Singapura semalam melaporkan, lima kapal Malaysia didakwa memasuki perairan Tuas, Singapura.

Portal berkenaan turut menyiarkan beberapa gambar ihsan daripada Pasukan Polis Singapura yang menunjukkan kapal dinaiki rombongan Osman ketika membuat lawatan ke aset Jabatan Laut, MV Pedoman pada Rabu.

Akhbar hari ini melaporkan, Osman menyangkal laporan beberapa portal berita Singapura yang mendakwa beliau memasuki perairan negara itu semasa lawatannya ke kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura di sini pada Rabu.

Beliau berkata, lawatannya ke kawasan itu sekadar untuk melihat bagaimana pasukan keselamatan menjalankan tugas di perairan negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN