SINGAPURA 15 Jan. – Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi mengeluarkan saman sebanyak AS$740,000 (RM3 juta) terhadap pembekal penjagaan kesihatan dan agensi teknologi maklumat berhubung serangan siber yang menyebabkan rekod kesihatan milik suku populasi penduduk negara ini terdedah.
Insiden kebocoran data terbesar negara ini pada tahun lalu turut menyebabkan maklumat peribadi Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bocor.
Siasatan rasmi pada minggu lalu menekankan beberapa kegagalan, termasuk kelemahan dalam sistem komputer dan sumber serta latihan kakitangan yang tidak mencukupi.
Selain itu, siasatan berkenaan turut percaya bahawa negara asing mungkin terbabit dalam serangan tersebut. – AFP










