Singa 'tunggang' zirafah di Afrika Selatan - Utusan Malaysia

Singa ‘tunggang’ zirafah di Afrika Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOEDSPRUIT, Afrika Selatan – Seekor singa betina dirakam seolah-olah menunggang zirafah dalam satu kejadian di kawasan Rizab Persendirian Alam Semula Jadi Klaserie di sini baru-baru ini.

Aksi itu dirakam oleh seorang pemandu pelancong safari, Emily Whiting. Menurut laporan, sekawan singa menghendap dan memburu zirafah yang sedang makan itu sebelum dua ekor pemburu itu melompat ke atas badannya.

Empat singa lain menggigit bahagian kaki zirafah lalu menyebabkan ia mengalami pendarahan teruk. Pertarungan itu berlangsung selama empat jam dan zirafah itu cuba mempertahankan diri dengan menendang beberapa ekor singa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kawanan pemburu itu akhirnya berputus asa dan melarikan diri.

Whiting menyatakan dia belum pernah menyaksikan episod dramatik itu sebelum ini di Afrika Selatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×