Serena sudah kembali - Jurulatih - Utusan Malaysia

Serena sudah kembali – Jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE 22 Jan. – Serena Williams sudah bersedia daripada segi emosi dan fizikal untuk memenangi Grand Slam yang seterusnya, tidak seperti ketika dia tewas di final Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lalu, kata jurulatihnya, Patrick Mourataoglou.

Pemain berusia 37 tahun itu membuktikan dia masih berbisa apabila mengetepikan cabaran pilihan utama kejohanan, Simona Halep untuk mara ke suku akhir Terbuka Australia malah bintang dari Romania itu menyifatkan kekalahan tersebut seperti ‘dilanggar keretapi’.

Serena menewaskan Halep dengan keputusan 6-1, 4-6, 6-4.

Jurulatih lamanya, Mouratoglou berkata Serena berada di kedudukan berbeza sewaktu beraksi di Flushing Meadows apabila kekalahannya kepada Noami Osaka tahun lalu mencetuskan kontroversi setelah membuat kemunculan semula selepas melahirkan anak sulungnya.

Dalam aksi tersebut, Serena dikenakan penalti apabila menggelarkan umpire sebagai penipu dan pencuri selepas tidak berpuas hati dengan keputusannya.

Mouratoglou mengakui Serena tidak berada dalam keadaan bersedia untuk menjuarai Terbuka AS pada tahun lalu.

“Terdapat perbezaan yang ketara di antara mara ke pentas final dengan menjuarai kejohanan tersebut,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN