Serangan bom, tujuh mati - Utusan Malaysia

Serangan bom, tujuh mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL 20 Jan. – Sekurang-kurangnya tujuh pengawal keselamatan maut apabila seorang pengebom berani mati Taliban menyasarkan konvoi Gabenor Wilayah Logar, Anwar Ishaqzai hari ini.

Penyerang yang menggunakan kenderaan yang penuh dengan muatan bahan letupan bertindak merempuh konvoi Anwar yang turut disertai ketua perisik wilayah berkenaan di lebuh raya yang menghubungkan Logar dengan Kabul,

“Nasib baik kedua-dua mereka terlepas daripada serangan berani mati tersebut bagaimanapun lapan pengawal peribadi Gabenor mati manakala tujuh cedera,” kata jurucakap polis polis wilayah Shahpoor Ahmadzai kepada AFP.

Seorang anggota dewan wilayah Logar, Abdul Wali Wakil mengesah kejadian itu tetapi memberitahu hanya tujuh maut. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×