Seramai 187 guru lepasan IPG ditempatkan di Sabah - Utusan Malaysia

Seramai 187 guru lepasan IPG ditempatkan di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Seramai 187 graduan lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) pada tahun lepas berjaya ditempatkan di beberapa sekolah rendah di seluruh Sabah yang berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Mistirine Radin berkata, penempatan graduan itu bagi sesi tahun ini berdasarkan keperluan opsyen dan lokaliti daerah yang kritikal sebagai keutamaan kriteria pelantikan dan penempatan itu.

Beliau berkata, pengkhususan opsyen guru-guru baharu itu termasuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Kadazandusun, Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Khas.

“Dengan kemasukan guru-guru baharu ini, guru sekolah rendah anak tempatan kelahiran Sabah sudah mencapai 86.81 peratus. Ini selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia Dasar 90:10 bagi merealisasikan 90 peratus guru di Sabah adalah anak tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Taklimat dan Penyampaian Surat Penempatan Guru Baharu Sekolah Rendah di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini hari ini. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN