MOSCOW 14 Jan.- Seorang terbunuh manakala empat masih hilang dalam insiden letupan yang meranapkan bangunan kediaman bertingkat di selatan Rusia hari ini.
Jurucakap Kementerian Kecemasan, Marina Abramchenko berkata, letupan berlaku di bandar Shakhty sekitar selatan wilayah Rostov, memusnahkan empat unit rumah pangsapuri.
“Seorang wanita terkorban dalam letupan tersebut,” katanya.- AFP










