Seorang terbunuh, 50 cedera dalam tunjuk perasaan di Bangladesh - Utusan Malaysia

Seorang terbunuh, 50 cedera dalam tunjuk perasaan di Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA 9 Jan.- Seorang terbunuh manakala 50 lagi cedera dalam tunjuk perasaan yang disertai 5,000 orang di sini, baru-baru ini.

Polis melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata untuk meleraikan ribuan pekerja kilang pakaian yang membuat demonstrasi di beberapa daerah terpencil di sini.

Sementara itu, 10,000 penunjuk perasaan pula dilaporkan menyekat laluan lebuh raya utama di beberapa kawasan luar bandar perindustrian Savar selama beberapa jam.

Demonstrasi mega yang kini memasuki hari keempat itu berlaku akibat rasa tidak puas pekerja kilang pakaian terhadap pemberian gaji yang dianggap terlalu rendah.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN