KUALA LUMPUR 8 Jan. – SENTIMEN dalam pasaran hartanah di Malaysia dijangka bertambah baik pada 2019 terutama hartanah kediaman, memandangkan dasar yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 mungkin mengukuhkan permintaan, khususnya dalam kalangan pembeli rumah pertama, kata Penasihat Hartanah Knight Frank Malaysia. “Pasaran hartanah di Malaysia mengalami peningkatan aktiviti pada separuh kedua 2018 susulan beberapa peluang boleh didapati di kawasan berbeza di seluruh negara, jika tiada sebarang kejutan luaran seperti kelembapan…










